Panduan menjual dan membeli rumah

Berikut adalah garis panduan bagi pemilik yang ingin menjual hartanah ataupun bagi yang berminat untuk membeli rumah.

Panduan menjual rumah

Anda memiliki hartanah dan ingin menjualnya.

Menjual Rumah Anda

Di KZ Home, kami membeli rumah dalam keadaan sedia ada. Kondisi sesetengah kediaman menjadi faktor utama yang menyebabkan ianya sukar mendapat pembeli. Kos-kos pembaikan yang perlu ditanggung oleh pembeli menyebabkan harga sesebuah hartanah itu menurun. Setiap hartanah memiliki kadar permintaannya yang tersendiri. KZ Home sedia membeli kediaman anda. Kami juga menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi menguruskan proses jual beli dengan lebih efisen dan mudah. Untuk mendapatkan hasil nilaian yang terbaik dan lebih terperinci, hubungi pakar perunding kami bagi mendapatkan sesi konsultansi profesional.

  • Ingin menjual rumah anda?

    Kami sedia membeli.


Panduan membeli rumah

Panduan pada anda yang ingin membeli rumah.

Membeli kediaman impian dari KZ Home

Memiliki rumah adalah impian setiap orang. Namun, untuk menjamin impian anda, pastikan anda membeli dari pihak yang betul dan dipercayai. Di KZ Home kami telah merialisasikan impian ramai orang untuk memiliki kediaman terbaik. Pelbagai pilihan rumah siap untuk diduduki, sedia dijual kepada pembeli yang berminat. Pakar perunding kami telah dilatih secara professional untuk memberikan khidmat rundingan yang terbaik. Dapatkan maklumat mengenai proses pembelian dari KZ Home sekarang. Kepuasan pelanggan kami adalah jaminan KZ Home.

  • Ingin membeli rumah?

    Belilah dari KZ Home.


Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku (SRP) - Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


Kriteria yang diperlukan

- Pembelian haruslah rumah pertama

- Berkahwin

- Pendapatan hendaklah tidak melebihi RM5000 /seorang, atau RM10,000 terkumpul bagi setiap pasangan.

- Harga pembelian tidak melebihi RM500,000.00

- Hartanah tersenarai sahaja




Top